Friday, April 18, 2014

Ebook Super WAHM, Super Mom

Teks: Muhariyanti binti Che Mat
Imej: Koleksi Akademi Bekerja di Rumah, Google

Assalamualaikum.

Kebanyakan kaum ibu masa kini bekerja untuk menampung kehidupan, terutamanya bagi yang menetap di ibu negara dan bandar-bandar besar. Keluar dari rumah seawal 6.30 pagi, hantar anak-anak ke rumah pengasuh ataupun taska, bekerja di pejabat dan tiba di rumah sekitar jam 7.30 malam selepas lebih sejam menempuh kesesakan lalu lintas. Jika tidak membeli makanan di luar, ibu terkocoh-kocoh menyediakan makan malam pula. Ditambah dengan rengekan anak kecil yang inginkan belaian setelah seharian berpisah, tentu amat memenatkan, bukan? Adakah anda merasakan kehidupan ini bersesuaian dengan anda?




Saya yakin, semua kaum ibu di luar sana mahukan lebih masa untuk bersama keluarga lebih dari waktu bekerja di pejabat. Sudah pasti masa bersama keluarga yang amat berkualiti yang mampu menjamin kebahagiaan dan ketenangan hidup. Niat dihati mahu berhenti kerja, tetapi apabila memikirkan kesusahan suami yang terpaksa menanggung perbelanjaan keluarga yang sememangnya sangat tinggi, niat akan terkubur begitu sahaja. Namun, sekiranya merasakan kehidupan dan tanggungjawab di rumah lebih penting, jangan fikir anda tidak mampu! Sebagai seorang surirumah, anda juga mampu untuk menjana pendapatan sendiri. Di akademi, kami akan tunjukkan caranya, sepertimana saya telah pelajari dan masih mempelajarinya. Learning never stops, right? Jom, sertai kami di akademi sekarang. Klik Kelas Online untuk maklumat lanjut.

Sedang asyik melayari internet mengenai WAHM, saya terjumpa satu artikel yang pernah dimuatkan di dalam Parents Magazine beberapa tahun yang lepas. Nukilan penulis ini agak baik dan perlu dijadikan rujukan kepada para ibu yang ingin menjadi seorang super WAHM. Malah, pada pendapat saya, ibu yang mempunyai kerjaya tetap tetapi mahu menjana kewangan tambahan juga sesuai mengaplikasikannya terutama pada cuti hujung minggu. Artikel tersebut mendedahkan 6 langkah untuk menjadi super WAHM. Di sini saya kongsikan 6 taktik tersebut. Sejujurnya, saya kini berusaha untuk merealisasikan impian menjadi super WAHM berdasarkan 6 langkah ini. Dengan izin Allah, saya akan kupas dan ceritakan pengalaman sendiri semasa mengaplikasikan langkah-langkah tersebut dalam pengembaraan saya menjadi WAHM dalam masa yang terdekat.

Six tricks to master being a Work-At-Home-Mom

Untuk menguatkan lagi peranan sebagai super WAHM, anda boleh mendapatkan ebook keluaran ABDR, seperti yang ditunjukkan di bawah. Sebuah ebook yang amat berbaloi untuk dimiliki kerana ia mengumpulkan kisah WAHM yang berjaya dalam akademi. 

Tajuk ebook: Super WAHM Super Mom
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM25


Kandungan Ebook

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. Antaranya ialah:
"Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian."

Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah.
"Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana."

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho 
Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya,
  • Farah Hafizah http://www.bungatelur.com
"Bekerja dari rumah tidak sama seperti bekerja makan gaji di pejabat. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pengasingan kerja tidak wujud bila menjadi ibu yang bekerja dari rumah tanpa pembantu, jadi perlu tangkas menyelesaikan pelbagai urusan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes. Sentiasa cuba menyelesaikan tugasan berkaitan bisnes secepat mungkin walaupun due date masih panjang kerana kita tidak pasti dengan keadaan kesihatan keluarga. Bersedia menghadapi masa di mana sumber pendapatan tidak menentu, jangan merasa sedih dan sentiasa percaya rezeki pemberian Allah ada jika kita berusaha."
  • Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
"Kerja dari rumah juga membolehkan saya menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga ; dari kecil anak saya makan makanan bayi yang dibuat sendiri serta menyusu susu ibu secara penuh. Saya juga tak perlu berhabis untuk pakaian kerana kerja dari rumah pakai aja apa yang ada kerana saya berjumpa rakan niaga mengikut jadual yang saya buat sendiri.
Tidak kira apa pun pekerjaan kita, asalkan niat itu betul saya percaya usaha kita dipermudahkan. Ramai yang membuat anggapan saya tidak perlu bersusah kerana berkahwin dengan suami bergelar doktor perubatan namun sebagai seorang hamba Allah, kita perlu menyumbang kemahiran yang ada untuk membantu orang lain. Satu kepuasan melihat rakan lain turut merasai kejayaan sebagai networker. Kerja dari rumah tidak menghalang saya ada kehidupan social, lupakan “happy hour” ketika bekerja dulu namun diganti dengan aktiviti di surau, bergaul jiran dan rakan niaga lebih bermakna. Kita juga perlu memilih rakan-rakan, pilih yang baik akhlak serta berfikiran positif . Mempunyai kumpulan sokongan adalah satu kelebihan. Jangan sesekali memilih kawan baru sekiranya anda merasakan dia ada nilai sebagai pelanggan! Itu kesilapan besar kerana sebagai peniaga anda perlukan silaturahim yang ikhlas, jika anda sendiri tidak ikhlas bagaimana mengharapkan orang lain ikhlas terhadap anda. Kita perlu berfikiran terbuka dan luaskan pengetahuan selain ilmu berniaga sahaja,hidup kita lebih bermakna nanti. Takkan siang malam mahu bersembang pasal bisnes sahaja sedangkan dunia Allah ini luas untuk kita nikmati. Hargai nilai diri anda , insyaAllah anda akan dihargai juga nanti." 
  • Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
  • Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
  • Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5: Tips sukses urus masa
Bab 6: Tips urus tenaga super mama
Bab 7: Tips urus rumah tangga
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat

Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri. Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga & stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian. Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga & perniagaan di rumah.

Bab 6 juga menyenaraikan tiga tips motivasi pagi minggu iaitu:
  1. Lakukan perkara penting di awal pagi 
  2. Kekal bersemangat setiap hari 
  3. Jangan biarkan diri dilanda stres 
Kekal bersemangat setiap hari 
  • Tetapkan sasaran kerja harian, sama ada kerja rumahtangga, urusan anak-anak, urusan diri sendiri. Agihkan urusan kerja mengikut jadual kerja empat tempoh. 
  • Jadual kerja empat tempoh ialah agihan 6 jam untuk setiap tahap. Maksudnya ada empat tahap dalam kalender masa 24 jam sehari. Tentukan bermula bangun pagi hingga anda selesai untuk hari tersebut.( 6 jam X 4 tempoh)
  • Pastikan anda membuat senarai kerja setiapnya seimbang untuk diselesaikan setiap hari.
  • Agihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh.
  • Pastikan anda pandai mencuri masa rehat untuk diri sendiri.
  • Jangan mudah stres melihat rumah berselerak dan anak-anak minta perhatian serentak. Tarik nafas buat senarai, atau segera buat satu persatu.
  • Kadangkala apabila terlalu penat, tangguhkan dulu, rehat seketika dan kembali semula dengan rutin sibuk.
  • Anda perlu tahu setakat mana kemampuan dan sasaran mahu dicapai.
  • Apabila terlalu penat, berkongsi dengan suami, mintalah bantuan terutama hari minggu, mohon cuti menguruskan anak-anak. Biar suami sahaja yang uruskan.
  • Antara zikir yang disarankan Rasulullah kepada salah isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga. Subhanallah, Allhamdulillah, Allahuakbar, ketika mahu tidur. Hilang segala kepenatan seharian dengan limpahan kasih sayang Allah. 
Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis. InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.

Setiap pekerjaan ada susah senangnya, yang penting ialah bagaimana kita sebagai wanita, isteri dan ibu menangani setiap masalah yang melanda. Itulah perlunya menjadi seorang Super Mom, bukan? Doa saya, semoga WAHM sekalian sukses dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah di rumah masing-masing. Insya Allah.

Sekiranya berminat, boleh hubungi saya:
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Sms/Whats App: 019-7764245
Facebook: Yanti Che Mat

Anda juga boleh terus order dengan mengisi Borang Pesanan di bawah.

Salam sayang dari saya.

No comments:

Post a Comment