Monday, April 28, 2014

Tuala Wanita Lexee dari Redlife

Imej: RedLife Sdn Bhd

Selepas mencapai akil baligh, metabolisme wanita memerlukan penjagaan hygienic berterusan untuk 40 tahun yang akan datang atau seterusnya. Menurut World Health Organisation (WHO), 80% daripada wanita sedunia mengalami masalah sakit puan, manakala 40% masalah yang berlaku adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti.

Tuala wanita Lexee dengan active oxygen dan negative ion dibungkus menggunakan lembaran aluminium menggunakan mesin sepenuhnya, dapat mengelakkan risiko berlakunya pencemaran sewaktu proses pembungkusan dilakukan.

Tuala wanita Lexee menggunakan kapas yang bermutu tinggi membolehkan pengaliran udara 3 kali ganda berbanding tuala wanita biasa. Reka bentuknya memberi perlindungan yang menyeluruh terhadap kebocoran sisi ataupun belakang.

Tuala wanita Lexee direka khusus untuk memberikan wanita perlindungan, keselesaan serta keyakinan dalam setiap pemakaian. Lexee menjadikan wanita merasakan tempoh kedatangan haid setiap bulan sama seperti masa yang lain.



Terdapat 3 jenis tuala wanita Lexee yang dikeluarkan oleh Redlife, iaitu:
  • Day (Siang)
  • Night (Malam)
  • Pantyliner
Imej: RedLife Sdn Bhd

Tuala wanita Lexee mempunyai kelebihan dengan 8 lapisan berbanding tuala wanita biasa. Jaminan kekeringan dan keselesaan membolehkan wanita melakukan penjimatan dalam pemakaian. Sebagai contoh, pada hari-hari pengeluaran haid yang banyak, kadar penyerapan tuala wanita biasa yang rendah menyebabkan pemakai terpaksa menukar dengan lebih kerap akibat kebasahan dan kebocoran. Namun, dengan menggunakan tuala wanita Lexee, pemakai tidak perlu menukar dengan kerap, walaupun ketika pengeluaran haid yang banyak kerana kadar penyerapan sangat tinggi, pemakai akan sentiasa berasa kering dan selesa.

>>> 8 LAPISAN UNIK TUALA WANITA LEXEE <<<


Imej: RedLife Sdn Bhd


Lapisan Pertama
Permukaan kapas yang halus dan lembut dengan fungsi penyerapan sehala dan 3 kali ganda lebih cepat berbanding tuala wanita biasa, mampu mengelak daripada berlaku kebocoran sisi ataupun bahagian belakang. Kadar penyerapan yang pantas ini membolehkan pemakai berasa selesa dan kering serta sentiasa segar.
1st Layer
Thin & soft cotton surface with unique liquid diversion function absorbs 3 times faster, prevents back flow or side leakage, keeping the surface dry and clean. 

Lapisan ke-2
Mengandungi agen biologi yang membebaskan molekul oksigen apabila bertindakbalas dengan air atau darah. Selain menyah bau dan membasmi bakteria, oksigen aktif pada lapisan ini akan diserap ke dalam tubuh badan melalui vagina dan meningkatkan kadar peredaran darah serta kadar metabolisme seseorang wanita.
2nd Layer
Contains biological agents that automatically release molecular oxygen or active oxygen when in contact with water or blood. Besides eliminating odour and fighting bacteria, active oxygen is also absorbed through the vagina tissues into the body to enhance blood circulation, regulate endocrine and improve metabolism.

Lapisan ke-3
Lapisan kertas bebas habuk yang anti-bakteria, anti-kelembapan serta memberi perlindungan daripada habuk.
3rd Layer
360° air-laid dust-free paper wrapped over water absorbent polymer is also anti-bacterial, anti-moist and dust-proof.

Lapisan ke-4
Teknologi polimer penyerap cecair lutsinar dari Jepun yang mempunyai kuasa penguncian air yang tinggi. Polimer ini adalah mesra alam, larut dalam air serta nilai pH yang sesuai dengan tubuh badan manusia membolehkan ia selamat digunakan tanpa kesan sampingan. Kadar penyerapan cecair adalah 10 kali ganda lebih berkesan berbanding tuala wanita biasa.
4th Layer
Crystal clear super absorbent polymer from Japan with high water locking capability. It is environmental friendly and completely water soluble; conforms to human pH value, safe and without side effect. Water absorption is 10 times more than the normal economy sanitary napkins.

Lapisan ke-5
Lapisan unik dan eksklusif membolehkan penyerapan pantas dan sekata, mengelakkan daripada berlaku kebocoran sisi.
5th Layer
Unique and exclusive padding, allowing fast and well-spread absorption to further prevent side-leakage.

Lapisan ke-6
Lapisan kertas bebas habuk yang anti-bakteria, anti-kelembapan serta memberi perlindungan daripada habuk.
6th Layer
360° air-laid dust-free paper wrapped over water absorbent polymer is also anti-bacterial, anti-moist and dust-free.

Lapisan ke-7
Lapisan bawah dengan ciri pengaliran udara yang baik menjanjikan keselesaan buat wanita. Tuala wanita Lexee yang membenarkan pengaliran udara yang baik bermula dari lapisan pertama sehingga lapisan ke-7 sememangnya membolehkan oksigen aktif berfungsi secara optimum terhadap permukaan kulit si pemakai yang agak sensitif.
7th Layer
Breathable and comfortable bottom layer. Completely breathable from 1st to 7th layer, allowing for better active oxygen function on skin.

Lapisan ke-8
Lapisan terakhir yang direka khusus mengikut lekuk tubuh wanita untuk kelesesaan tambahan. Uniknya, pelekat jalur pada tuala wanita Lexee dibuat menggunakan gam makanan, tanpa toksid serta tiada kesan sampingan.
8th Layer
Designed according to female ergonomics for greater comfort. The intermittent adhesive stripe uses food gum, non-toxic and has no side effect. 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Setiap pek tuala wanita Lexee mengandungi satu kit pemeriksaan vagina yang diberikan secara percuma, supaya si pemakai dapat melakukan pemeriksaan berkala untuk mengenalpasti sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada vagina. Pemeriksaan ini penting bagi menjamin kesihatan faraj yang optimum buat setiap wanita. Hal ini kerana jangkitan bakteria pada vagina mampu mendatangkan masalah seperti ketidaksuburan, kegagalan hubungan kelamin, malah boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Imej: Carian Google

Sistem pembungkusan tuala wanita Lexee juga unik, di mana terdapat pelekat keselamatan bagi menjamin mutu barangan keluaran Redlife. Pengguna disarankan agar tidak menerima pek tuala wanita Lexee sekiranya pelekat keselamatan ini rosak ataupun koyak. Selain itu, pek tuala wanita Lexee mempunyai penutup berpelekat yang boleh dibuka dan ditutup semula untuk melindungi bungkusan daripada dimasuki binatang halus seperti semut dan lipas. 


Bungkusan setiap keping tuala wanita Lexee juga ditutup rapat bagi menghalang daripada dimasuki habuk dan binatang halus. Situasi ini pernah terjadi kepada tuala wanita biasa di mana satu koloni semut telah bersarang dan bertelur di dalamnya. Mengejutkan, bukan?

Di samping itu juga, tuala wanita Lexee mempunyai tarikh luput, supaya wanita lebih yakin untuk menggunakannya. Tentunya kelihatan seperti barangan ini tidak memerlukan tarikh luput, tetapi kita mesti ingat, bukan makanan atau barangan kosmetik sahaja yang perlu dihabiskan sebelum tarikh luput, malah tuala wanita juga perlu!

Untuk mendapatkan produk hebat ini, hubungi saya:
Facebook: Yanti Che Mat
Fanpage: Lexee & RedLife Products
Sms/Whats App/ WeChat: 019-7764245
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Anda juga boleh terus order menggunakan Borang Pesanan di bawah.

Sunday, April 27, 2014

Senarai Ebook keluaran Akademi Bekerja di Rumah

Teks: Muhariyanti binti Che Mat
Imej: Koleksi Akademi Bekerja di Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengalaman selama bertahun-tahun menjadi penulis menyebabkan pengasas akademi iaitu puan Masayu Ahmad nekad untuk membukukan pengalaman yang beliau miliki dalam bentuk ebook yang sememangnya senang untuk dirujuk. Atas idea dan daya usaha beliau, kini bukan sahaja ebook tulisan beliau yang berjaya dihasilkan, malah beberapa  bekas pelajar kelas online anjuran ABDR juga menjadi penulis dan membukukan hasil nukilan mereka.

Bagi mereka yang sedang tercari-cari apakah bahan bacaan yang sesuai untuk dibaca bagi persediaan untuk bekerja di rumah, bolehlah memilih mana-mana satu antara e-book di bawah:

Tajuk: Belajar Asas Blog
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM50

Tajuk: Panduan Mula Bisnes Butik Online/ Offline
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM50

Tajuk: 101 Idea Home-Based Bisnes
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM50

Tajuk: Panduan 44 hari Pantang Tradisional & Moden
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM30

Tajuk: 101 Idea Bisnes Makanan
Penulis: Aishah Hussin & Masayu Ahmad
Harga: RM30

Tajuk: Super WAHM, Super Mom
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM25

Sekiranya berminat untuk memiliki ebook ini, boleh hubungi saya:
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Sms/Whats App: 019-7764245
Facebook: Yanti Che Mat

Anda juga boleh terus order menggunakan Borang Pesanan di bawah.

Terima kasih.

Saturday, April 26, 2014

Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/ Offline


Panduan Mula Bisnes Butik
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM50



Antara kandungan menarik di dalam ebook ini


Bab 1:
  • Memilih fokus produk yang sesuai contoh pilihan adalah pakaian kanak-kanak, banyak kategori yang boleh dipecahkan iaitu, barang kelengkapan kelahiran, pakaian kanak-kanak mengikut usia, pakaian tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan, barangan kelengkapan penyusuan eksklusif, barangan bahan bacaan awal kanak-kanak berusia 1,2,3 tahun. 
  • Contoh fokus produk lain ialah butik pakaian dan aksesori wanita. Contohnya butik pelbagai koleksi tudung, kain ela, pakaian siap seperti baju kurung, pakaian ke tempat kerja, pakaian untuk majlis sosial dan riadah. Untuk aksesori seperti beg tangan, kasut dan sebagainya.
  • Contoh fokus produk lain ialah butik pakaian dan aksesori wanita. Contohnya butik pelbagai koleksi tudung, kain ela, pakaian siap seperti baju kurung, pakaian ke tempat kerja, pakaian untuk majlis sosial dan riadah. Untuk aksesori seperti beg tangan, kasut dan sebagainya.
Bab 12:

“Walaupun kita gagal sekali, atau sukar mendapatkan pinjaman bank, perlu istiqamah dan terus buat sahaja (just do it!). Jangan fikirkan apa-apa. Usahakan apa yang ada. Ini penting untuk bina reputasi dan lama-kelamaan kita akan membina kredibiliti dan kepercayaan.”
Tips Ali Hassan (pemilik Butik Al-Ikhsan)- Apa sahaja yang berlaku, usahawan perlu sabar.- Perbaiki kelemahan.- Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati, biar mereka “komplen”.


Isi Kandungan ebook

Tinta Pengarang

Bab 1: Pengenalan bisnes
     1.1 Ringkasan bisnes butik
     1.2 Rangkaian industri butik
     1.3 Ciri-ciri butik

Bab 2: Kemahiran
     2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
     2.2 Kemahiran dalam bisnes
     2.4 Ambil peluang bisnes secara online
     2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat)
     3.1 Fokus produk (niche)
     3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
     3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
     3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal (15 muka surat)
     4.1 Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
     4.2 Contoh Kaedah Kumpul Modal
     4.3 Strategi Pengurusan Modal
     4.4 Sumber Pinjaman

Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16 muka surat)
     5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
     5.2 Panduan khidmat pelanggan
     5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
     5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran bisnes

Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat)
     7.1 Pentadbiran
     7.2 Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
     7.3 Pengurusan Kewangan
     7.4 Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat)
     8.1 Kaedah penentuan harga
     8.2 Contoh penentuan harga
     8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online

Bab 9: Promosi/pemasaran (16 muka surat)
     9.1 Kaedah promosi & pemasaran
     9.2 Strategi promosi butik
     9.3 Strategi promosi butik
     9.4 Tip promosi dan pemasaran


Bab 10: Organisasi/badan berkaitan
     10.1 Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
     10.2 Jaringan usahawan- forum online, persatuan
     10.3 Organisasi yang perlu disertai usahawan 

Bonus 1
Pengalaman Usahawan Bisnes Butik Abaya

Bab 11: Pengalaman bisnes
     11.1 Alasan perlu buka butik
     11.2 Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
     11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
     11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan

Bonus 2
Motivasi bisnes 
     12.1 Kelangsungan bisnes
     12.2 Aliran pendapatan berganda
     12.3 Lapan prinsip sukses
     12.4 Tip bisnes orang Cina


Sekiranya berminat untuk memiliki ebook ini, boleh hubungi saya:
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Sms/Whats App: 019-7764245
Facebook: Yanti Che Mat

Anda juga boleh terus order menggunakan Borang Pesanan di bawah.

Terima kasih.

Friday, April 18, 2014

Ebook Super WAHM, Super Mom

Teks: Muhariyanti binti Che Mat
Imej: Koleksi Akademi Bekerja di Rumah, Google

Assalamualaikum.

Kebanyakan kaum ibu masa kini bekerja untuk menampung kehidupan, terutamanya bagi yang menetap di ibu negara dan bandar-bandar besar. Keluar dari rumah seawal 6.30 pagi, hantar anak-anak ke rumah pengasuh ataupun taska, bekerja di pejabat dan tiba di rumah sekitar jam 7.30 malam selepas lebih sejam menempuh kesesakan lalu lintas. Jika tidak membeli makanan di luar, ibu terkocoh-kocoh menyediakan makan malam pula. Ditambah dengan rengekan anak kecil yang inginkan belaian setelah seharian berpisah, tentu amat memenatkan, bukan? Adakah anda merasakan kehidupan ini bersesuaian dengan anda?




Saya yakin, semua kaum ibu di luar sana mahukan lebih masa untuk bersama keluarga lebih dari waktu bekerja di pejabat. Sudah pasti masa bersama keluarga yang amat berkualiti yang mampu menjamin kebahagiaan dan ketenangan hidup. Niat dihati mahu berhenti kerja, tetapi apabila memikirkan kesusahan suami yang terpaksa menanggung perbelanjaan keluarga yang sememangnya sangat tinggi, niat akan terkubur begitu sahaja. Namun, sekiranya merasakan kehidupan dan tanggungjawab di rumah lebih penting, jangan fikir anda tidak mampu! Sebagai seorang surirumah, anda juga mampu untuk menjana pendapatan sendiri. Di akademi, kami akan tunjukkan caranya, sepertimana saya telah pelajari dan masih mempelajarinya. Learning never stops, right? Jom, sertai kami di akademi sekarang. Klik Kelas Online untuk maklumat lanjut.

Sedang asyik melayari internet mengenai WAHM, saya terjumpa satu artikel yang pernah dimuatkan di dalam Parents Magazine beberapa tahun yang lepas. Nukilan penulis ini agak baik dan perlu dijadikan rujukan kepada para ibu yang ingin menjadi seorang super WAHM. Malah, pada pendapat saya, ibu yang mempunyai kerjaya tetap tetapi mahu menjana kewangan tambahan juga sesuai mengaplikasikannya terutama pada cuti hujung minggu. Artikel tersebut mendedahkan 6 langkah untuk menjadi super WAHM. Di sini saya kongsikan 6 taktik tersebut. Sejujurnya, saya kini berusaha untuk merealisasikan impian menjadi super WAHM berdasarkan 6 langkah ini. Dengan izin Allah, saya akan kupas dan ceritakan pengalaman sendiri semasa mengaplikasikan langkah-langkah tersebut dalam pengembaraan saya menjadi WAHM dalam masa yang terdekat.

Six tricks to master being a Work-At-Home-Mom

Untuk menguatkan lagi peranan sebagai super WAHM, anda boleh mendapatkan ebook keluaran ABDR, seperti yang ditunjukkan di bawah. Sebuah ebook yang amat berbaloi untuk dimiliki kerana ia mengumpulkan kisah WAHM yang berjaya dalam akademi. 

Tajuk ebook: Super WAHM Super Mom
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM25


Kandungan Ebook

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. Antaranya ialah:
"Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian."

Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah.
"Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana."

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho 
Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya,
  • Farah Hafizah http://www.bungatelur.com
"Bekerja dari rumah tidak sama seperti bekerja makan gaji di pejabat. Pengurusan masa juga sangat penting kerana kita mungkin akan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa sehingga kita lupa yang mana satu perlu diutamakan. Pengasingan kerja tidak wujud bila menjadi ibu yang bekerja dari rumah tanpa pembantu, jadi perlu tangkas menyelesaikan pelbagai urusan. Pastikan ada target setiap hari supaya sentiasa produktif dalam urusan bisnes. Sentiasa cuba menyelesaikan tugasan berkaitan bisnes secepat mungkin walaupun due date masih panjang kerana kita tidak pasti dengan keadaan kesihatan keluarga. Bersedia menghadapi masa di mana sumber pendapatan tidak menentu, jangan merasa sedih dan sentiasa percaya rezeki pemberian Allah ada jika kita berusaha."
  • Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
"Kerja dari rumah juga membolehkan saya menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga ; dari kecil anak saya makan makanan bayi yang dibuat sendiri serta menyusu susu ibu secara penuh. Saya juga tak perlu berhabis untuk pakaian kerana kerja dari rumah pakai aja apa yang ada kerana saya berjumpa rakan niaga mengikut jadual yang saya buat sendiri.
Tidak kira apa pun pekerjaan kita, asalkan niat itu betul saya percaya usaha kita dipermudahkan. Ramai yang membuat anggapan saya tidak perlu bersusah kerana berkahwin dengan suami bergelar doktor perubatan namun sebagai seorang hamba Allah, kita perlu menyumbang kemahiran yang ada untuk membantu orang lain. Satu kepuasan melihat rakan lain turut merasai kejayaan sebagai networker. Kerja dari rumah tidak menghalang saya ada kehidupan social, lupakan “happy hour” ketika bekerja dulu namun diganti dengan aktiviti di surau, bergaul jiran dan rakan niaga lebih bermakna. Kita juga perlu memilih rakan-rakan, pilih yang baik akhlak serta berfikiran positif . Mempunyai kumpulan sokongan adalah satu kelebihan. Jangan sesekali memilih kawan baru sekiranya anda merasakan dia ada nilai sebagai pelanggan! Itu kesilapan besar kerana sebagai peniaga anda perlukan silaturahim yang ikhlas, jika anda sendiri tidak ikhlas bagaimana mengharapkan orang lain ikhlas terhadap anda. Kita perlu berfikiran terbuka dan luaskan pengetahuan selain ilmu berniaga sahaja,hidup kita lebih bermakna nanti. Takkan siang malam mahu bersembang pasal bisnes sahaja sedangkan dunia Allah ini luas untuk kita nikmati. Hargai nilai diri anda , insyaAllah anda akan dihargai juga nanti." 
  • Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
  • Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
  • Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5: Tips sukses urus masa
Bab 6: Tips urus tenaga super mama
Bab 7: Tips urus rumah tangga
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat

Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri. Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga & stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian. Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga & perniagaan di rumah.

Bab 6 juga menyenaraikan tiga tips motivasi pagi minggu iaitu:
  1. Lakukan perkara penting di awal pagi 
  2. Kekal bersemangat setiap hari 
  3. Jangan biarkan diri dilanda stres 
Kekal bersemangat setiap hari 
  • Tetapkan sasaran kerja harian, sama ada kerja rumahtangga, urusan anak-anak, urusan diri sendiri. Agihkan urusan kerja mengikut jadual kerja empat tempoh. 
  • Jadual kerja empat tempoh ialah agihan 6 jam untuk setiap tahap. Maksudnya ada empat tahap dalam kalender masa 24 jam sehari. Tentukan bermula bangun pagi hingga anda selesai untuk hari tersebut.( 6 jam X 4 tempoh)
  • Pastikan anda membuat senarai kerja setiapnya seimbang untuk diselesaikan setiap hari.
  • Agihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh.
  • Pastikan anda pandai mencuri masa rehat untuk diri sendiri.
  • Jangan mudah stres melihat rumah berselerak dan anak-anak minta perhatian serentak. Tarik nafas buat senarai, atau segera buat satu persatu.
  • Kadangkala apabila terlalu penat, tangguhkan dulu, rehat seketika dan kembali semula dengan rutin sibuk.
  • Anda perlu tahu setakat mana kemampuan dan sasaran mahu dicapai.
  • Apabila terlalu penat, berkongsi dengan suami, mintalah bantuan terutama hari minggu, mohon cuti menguruskan anak-anak. Biar suami sahaja yang uruskan.
  • Antara zikir yang disarankan Rasulullah kepada salah isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga. Subhanallah, Allhamdulillah, Allahuakbar, ketika mahu tidur. Hilang segala kepenatan seharian dengan limpahan kasih sayang Allah. 
Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis. InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.

Setiap pekerjaan ada susah senangnya, yang penting ialah bagaimana kita sebagai wanita, isteri dan ibu menangani setiap masalah yang melanda. Itulah perlunya menjadi seorang Super Mom, bukan? Doa saya, semoga WAHM sekalian sukses dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah di rumah masing-masing. Insya Allah.

Sekiranya berminat, boleh hubungi saya:
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Sms/Whats App: 019-7764245
Facebook: Yanti Che Mat

Anda juga boleh terus order dengan mengisi Borang Pesanan di bawah.

Salam sayang dari saya.

Thursday, April 17, 2014

Sewa Ruangan Iklan SOHO Directori

Assalamualaikum.

Kami telah melancarkan Soho Directory, yang merupakan sebuah blog untuk memasarkan semua produk atau perkhidmatan para peniaga offline atau online. Soho Directori ini khas untuk mereka yang mahu memasarkan secara online. 


Imej: Koleksi Akademi Bekerja di Rumah

Bagi yang sedang tercari-cari pengiklanan atas talian, dapatkan beberapa pakej iklan yang kami tawarkan, iaitu :


  • Pakej Iklan 1
-RM50- 1 gambar, link fan page, link blog
-Tempoh 6 bulan
-Renew iklan RM50 untuk 6 bulan

  • Pakej Iklan 2
RM100
-2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk, keterangan, 1 testimoni produk, ulasan blog pilihan
-Tempoh 12 bulan
-Renew iklan RM100 untuk setahun

  • Pakej Iklan 3
RM250
-2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan
-Tempoh 12 bulan
-Servis bonus 1: siapkan email dan blog (bagi yang tidak ada blog bisnes)
-Percuma ebook super wahm super mom
-Renew iklan hanya RM100 setahun

  • Pakej Iklan 4
RM300 (Harga sebenar, RM375)
-2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan
-Tempoh 12 bulan
-Servis bonus 1: siapkan email dan blog
-Servis bonus 2: siapkan fan page bisnes, borang link produk
-Percuma 1-ebook super wahm super mom (bernilai RM25)
-Percuma 2: ebook asas blog (bernilai RM50)
-Renew iklan hanya RM100 setahun.

Peluang terbuka kepada semua usahawan online mahupun offline yang ingin mempromosikan produk mereka kepada pelanggan melalui pemasaran internet.

Melalui Akademi Bekerja Di Rumah sudah ada hampir 600 blog yang sudah mendaftarkan diri dan akan berfungsi sebagai platform untuk menyiarkan iklan di soho directory ini.

Untuk tempahan, hubungi saya melalui:
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Sms/Whats App: 019-7764245
Facebook: Yanti Che Mat

Selamat beriklan dan semoga berjaya dalam perniagaan anda.

Akademi Bekerja di Rumah

Teks: Muhariyanti binti Che Mat
Imej: Koleksi Akademi Bekerja di Rumah

Assalamualaikum.


Apa itu ABDR? Singkatan kepada Akademi Bekerja di Rumah ini diasaskan khusus untuk membantu para ibu di luar sana tidak kira sama ada surirumah atau ibu yang bekerja untuk:
  • Membina blog sama ada untuk catatan peribadi ataupun bisnes.
  • Berkongsi minat dan pendapat melalui penulisan.
  • Menjana pendapatan utama mahupun sampingan secara online.
  • Belajar menguruskan akaun.
  • Belajar menguruskan perniagaan online.

Terdapat 13 orang guru berdedikasi yang akan membimbing anda semua.

Kelas adalah fleksibel, mengikut masa anda dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Sehari ada 24jam, anda boleh pilih bila-bila masa untuk mengadap komputer dan berkomunikasi dengan guru dan menulis blog.

Semua urusan berkaitan kelas dan komunikasi dengan guru adalah secara online (kecuali kelas offline yang baru diwujudkan).

Peluang untuk bergabung dengan lebih 600 blog di ABDR sekiranya menyertai akademi.

Sertai mana-mana kelas online berikut:
  1. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes
  2. Kelas asas blog dan penulisan
  3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
  4. Kelas penulisan ebook pertama-kelas premium
  5. Kelas Belajar Iklan Mudah.my
  6.  Bengkel Asas Pengurusan Akaun Bisnes - Kelas terkini secara offline di Shah Alam
  7. Kelas borong telekung solat - istimewa sempena Ramadhan
Selain itu, kami juga menyediakan:
  1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
  2. Pakej Pengiklanan di SOHO Directory - beriklan dengan kami dengan harga yang amat berpatutan
Sekiranya sahabat sekalian berminat untuk menjadi sebahagian dari warga akademi, boleh hubungi saya:
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Sms/Whats App: 019-7764245
Facebook: Yanti Che Mat

Salam sayang dari saya.

Wednesday, April 16, 2014

Ebook Belajar Asas Blog ~ Rujukan Pertamaku



Teks: Muhariyanti binti Che Mat
Imej: Koleksi Akademi Bekerja dari Rumah

Assalamualaikum.

Setelah lebih seminggu menyertai ABDR, terdapat perubahan dalam jadual harian saya. Sebelum ini jarang online menggunakan laptop, sekarang saya sentiasa membawanya hatta naik ke bilik tidur sekalipun. Selain itu, saya juga perlu melayari internet mencari bahan untuk dimuatkan ke dalam blog serta fanpage. Alhamdulillah, perubahan yang baik untuk saya.

Sepanjang menjalani kelas online membangunkan blog dan fanpage, ebook inilah yang selalu menjadi rujukan saya. Setiapkali menggunakan laptop, pasti ebook ini yang dibaca berulang-ulang kali. Semoga saya mampu menyerap segala ilmu yang dicurahkan pengasas ABDR iaitu Puan Masayu Ahmad.

Tajuk ebook: Belajar Asas Blog
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM50

Ringkasan Bab:

  • Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
  • Bab 2: Langkah Demi Langkah
  • Bab 3: Blog Bisnes
  • Bab 4: Rancang Penulisan
  • Bab 5: Jenis Entri Penulisan
  • Bab 6: Penulisan Berpengaruh
  • Bab 7: Tips Penulisan
  • Bab 8: Motivasi Menulis
  • Bab 9: Asas Suntingan
  • Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

Di sini saya kongsikan sedikit dari ebook tersebut:

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
  1. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
  2. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
  3. Mahu mula tetapi tidak ada produk.
  4. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.)
  5. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
  6. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
  7. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
  8. Membina rangkaian pengedar, mencari kenalan baru, mencari peluang bisnes baru melalui jaringan Akademi Bekerja Di Rumah.



Hasil dari blog

1. Menghasilkan lebih 10 manuskrip yang diterbitkan buku dan ebook menggunakan teknik kumpul idea dalam blog.

2.Blog tersiar akhbar di Utusan Malaysia, Ruangan Mega dan Harian Metro.

Sumber: Utusan Malaysia

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

3. Berkongsi teknik blog, penulisan bersama dalam kelas online Asas blog dan penulisan.

Penulisan bersama menghasilkan ebook

4. Menulis tulisan berpengaruh. Penulis blog dipilih sebagai kolumnis majalah.





Sekiranya berminat untuk menulis mahupun mahu menjana pendapatan di alam maya, anda juga harus mendapatkan ebook ini seperti saya.


Sekiranya sahabat sekalian berminat, boleh hubungi saya:

Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Sms/Whats App: 019-7764245
Facebook: Yanti Che Mat

Salam sayang dari saya.


Thursday, April 10, 2014

Yuran Pakej Kelas Online Akademi Bekerja Dari Rumah



Teks: Muhariyanti binti Che Mat
Imej: Koleksi Akademi Bekerja dari Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada sahabat sekalian yang berminat untuk menulis, tidak kira penulisan peribadi ataupun bertujuan untuk memulakan bisnes sendiri secara online, ini adalah berita baik buat anda! Dengan menyertai akademi, anda akan diberikan tunjuk ajar oleh guru-guru yang berpengalaman dan berdedikasi. Yang paling penting, kelas yang diadakan adalah amat fleksibel; jika anda betul-betul fokus, maka cepatlah anda menghabiskan kelas yang dipilih. Inshaa Allah, anda akan berjaya!

Bagi yang bertanyakan tentang yuran kelas-kelas online yang dijalankan di Akademi Bekerja di Rumah, boleh rujuk di bawah ini:







Nota kaki : Yuran bagi kelas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO bergantung kepada jenis modul yang diambil. 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya melalui:
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Sms/Whats App: 019-7764245
Facebook: Yanti Che Mat

 Akademi Bekerja di Rumah menantikan anda semua. Terima kasih.

Pengenalan

Bismillahirrahmanirrahim.

Nama diberi Muhariyanti binti Che Mat, seorang warganegara Malaysia sedari azali, bukan keturunan negara jiran seperti yang selalu ditanya orang di sekeliling. Saya sering berkata: Tidak mengapa, namaku sangat eksklusif, mungkin hanya satu di Malaysia ini... :)

Berasal dari Kelantan, bersekolah juga di negeri kelahiran sehingga menamatkan Tingkatan 5. Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Pembuatan. Di sinilah saya bertemu dengan insan yang menjadi imam saya sekarang ini. Alhamdulillah, dia jodoh yang ditetapkan Allah buatku.

Setelah tamat pengajian, saya berhijrah ke negeri Johor sehinggalah sekarang. Pernah bekerja sebagai Junior Design Engineer di Johor Bahru, kemudian bertukar ke sebuah syarikat membuat bot mewah di Pasir Gudang sebagai seorang Designer selama dua tahun. Namun, syarikat dilanda masalah akibat kemerosotan ekonomi yang membuatkan saya menukar pekerjaan ke bidang perguruan. Saya memang meminati kerjaya ini, jadi tugasan sebagai seorang GSTT tidaklah sukar bagi saya dalam menyesuaikan diri.

Setahun berkhidmat, saya mendahulukan kepentingan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan berbekalkan keazaman serta sokongan dari ibu, ayah dan bakal suami pada ketika itu, saya melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Selepas 2 tahun pengajian, saya kini seorang surirumah yang memiliki ijazah sarjana. Agak membanggakan, namun sebagai seorang yang memiliki ijazah sarjana, saya sering dihujani pertanyaan dari sanak saudara serta sahabat handai tentang pekerjaan saya. “Sudah bekerja ke belum?” “Bila mahu bekerja?” “Belajar tinggi – tinggi tetapi tidak berkerja, lebih baik tak payah sambung belajar…” antara pertanyaan dan pendapat yang agak menyakitkan hati. Namun saya cuba berfikir secara optimistik, senyum dan melayan pertanyaan mereka dengan sopan dan berhati – hati. Terdetik di hati, aku mesti melakukan sesuatu untuk membuktikan bahawa walaupun berkelulusan tinggi, aku juga boleh menjadi seorang surirumah dan menjana pendapatan sendiri!

Minat untuk menulis sememangnya sudah lama wujud, namun disebabkan kekangan masa serta tidak tahu bagaimana dan di manakah untuk bermula, saya tangguhkan dahulu niat tersebut. Tambahan pula saya tidak tahu bagaimana untuk membangunkan sebuah blog. Pernah mencuba beberapa tahun yang lalu tetapi laman blog tersebut tergantung tiada kesudahan kerana saya tersekat lalu hasrat tersebut terus terkubur begitu sahaja. Rugi, bukan?

Sebagai seorang ibu yang sudah ‘terkurung’ di rumah selama hampir dua tahun, saya berhasrat untuk keluar dari kepompong dan menjana pendapatan sebagai seorang WAHM tetapi pada masa yang sama mampu menjaga dan mendidik anak saya sendiri.

Saya bukanlah seorang yang mempunyai apa-apa kemahiran yang khusus kecuali dalam bidang teknikal, tetapi saya meminati bidang jahitan dan membuat kek serta biskut. Saya juga berharap dengan memasuki dunia blog ini akan menemukan saya dengan rakan-rakan yang boleh berkongsi minat serta kemahiran masing-masing. Inshaa Allah.

Secara kebetulan, saya menjumpai akademi WAHM SAHM SOHO melalui pencarian di internet. Saya telah menghantar email kepada Puan Zaila Mohamad tentang beberapa persoalan mengenai kelas yang dianjurkan akademi tetapi telah menangguhkan niat untuk menyertai akademi selama lebih dua bulan. Dengan izin Allah, di sinilah saya, permulaan saya untuk menjadi seorang WAHM bergurukan Puan Zaila Mohamad yang tidak putus-putus memberikan semangat dan dorongan. Semoga ukhuwah yang terjalin akan membuka jalan kepada saya dan mengiringi langkah menjadi seorang WAHM yang mampu menjana pendapatan sendiri.


Langkah pertama menjadi WAHM, Inshaa Allah..