Friday, April 17, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage ~ Muhariyanti binti Che Mat

Teks: Muhariyanti binti Che Mat

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

DI SINI BERMULA
Minat untuk menulis memang ada. Impian untuk menjalankan perniagaan secara kecil - kecilan juga ada. Namun, tidak tahu bagaimana dan apakah cara yang mudah dan berkesan untuk seorang suri seperti saya. Justeru, pencarian dilakukan sehinggalah saya terjumpa Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ini. Tambahan pula, sahabat baik saya, Kizeewatty Zainal juga merupakan alumni ABDR yang mengambil kelas untuk melancarkan perniagaan online beliau. Melalui email, saya berkenalan dengan guru saya, Puan Zaila Mohamad. Sangat kagum dengan beliau yang ketika itu mempunyai 4 orang cahaya mata tetapi masih mampu menjadi seorang WAHM dan guru online yang berjaya, saya terus mendaftarkan diri. Alhamdulillah, syukur.

KENAPA PILIH ABDR?
Saya berniat untuk menjalankan perniagaan online. Justeru, dengan bilangan alumni yang sebegini ramai, saya rasa saya mampu membina satu rangkaian network yang sangat baik menggunakan platform ABDR. Lagipun, ABDR merupakan satu kumpulan yang sangat aktif dan berkesan. Dengan pelaburan sebanyak RM200, saya diajar untuk membangunkan sebuah blog dan fanpage sendiri. Menariknya, sebagai keluarga ABDR, saya akan dibayar komisyen sekiranya berjaya mempromosikan pakej kelas dan ebook seterusnya mampu mengambil balik modal yang telah dilaburkan untuk menyertai kelas sebelum ini.

Terdapat pelbagai jenis kelas dan pakej yang ditawarkan oleh ABDR dan tenaga pengajarnya juga ramai, anda boleh memilih guru yang anda suka. Kelas yang terbaru ialah Kelas Asas Blog dan Fanpage serta Beriklan di Instagram. Saya telah mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage bersama Puan Zaila (fb: Zaila Mohamad). Melalui pakej ini, saya diberikan 4 ebook iaitu:
  1. Belajar Asas Blog
  2. Super WAHM, Super Mom
  3. Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
  4. 101 Idea Home-Based Bisnes
PERJALANANKU
Pada permulaan kelas, saya telah disuruh untuk membaca ebook pertama iaitu Belajar Asas Blog. Kemudian barulah tugasan demi tugasan diberikan dan diselesaikan mengikut kelapangan masa saya, tanpa paksaan. Biasanya, saya akan berkomunikasi dengan guru secara online melalui facebook dan Whatsapp pada waktu pagi ketika anak masih lena diulit mimpi. Tugasan ini sebenarnya lebih kepada pembangunan blog dan fanpage. Ia sangat berguna kepada saya kerana sebelum menyertai kelas, saya pernah cuba membangunkan blog sendiri tetapi gagal kerana tiada ilmu tentang blog.

Alhamdulillah, saya mampu menyelesaikan setiap tugasan dengan mudah. Sekiranya mempunyai masalah, saya bebas menghubungi Puan Zaila dan dapat diselesaikan segera sekiranya beliau sedang online. Jika tidak, beliau akan memberi respon dalam masa kurang 24 jam. Kelas yang sangat fleksibel, bukan? Ada masa, buat. Jika sedang sibuk, tangguhkan, dahulukan yang lebih penting. Tiada paksaan, tiada had masa. Cepat selesaikan tugasan, cepatlah anda menghasilkan blog sendiri. Sangat menarik!

Sepanjang mengikuti kelas secara online, bermacam yang telah saya lalui. Ditegur, dimarahi, dinasihati, semuanya saya terima dengan hati yang terbuka. Sebagai seorang pelajar, tidak boleh melawan cakap gurunya. Namun, puan Zaila sememangnya seorang yang sangat berfikiran terbuka dan memahami pelajarnya. Masakan tidak, mungkin saya satu-satunya pelajar beliau yang sangat liat dan pemalas, sehinggakan beliau selalu mengingatkan saya tentang tugasan yang perlu disiapkan. Tugasan yang hanya mengambil masa tidak sampai sejam, kadang-kadang seminggu baru saya selesaikan. Walhal sebagai seorang suri yang 24 jam masanya di rumah, saya sebenarnya boleh membuat tugasan pada bila-bila masa sahaja. Inilah yang dikatakan sindrom malas menggunakan komputer riba. Terima kasih buat guru saya puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya.

SEGALANYA BELUM BERAKHIR
Alhamdulillah, saya kini bergelar alumni ABDR. Saya sangat berharap agar ilmu bermanfaat yang diperoleh akan dapat digunakan sepanjang hidup saya sama ada sebagai WAHM ataupun SAHM yang berjaya. Semoga blog dan fanpage yang dihasilkan mampu mempromosikan perniagaan online saya dengan lebih meluas lagi. Kepada sahabat-sahabat yang merasakan terbeban dengan taraf hidup yang semakin meningkat serta mahu mengubah kehidupan sendiri, mulakanlah langkah baru. Marilah sertai kami di ABDR. InshaAllah anda akan menyedari manfaat dan keberkesanannya.

Hubungi saya: Muhariyanti Che Mat 
Tel/ Sms/ Whatsapp: 019 – 7764245 
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com 
Blog: muhariyantichemat.blogspot.com

Friday, December 12, 2014

Testimoni Pengguna LEXEE

Teks: Muhariyanti binti Che Mat
Imej: Koleksi peribadi

Assalamualaikum. Apa khabar? Salam Jumaat penuh barakah dan semoga anda sihat dan gembira selalu. Setelah lama 'berehat', kini saya kembali menulis, InshaAllah. Namun begitu, bisnes saya tetap berjalan seperti biasa.
Produk wajib: LEXEE

Cuba fikirkan sejenak:
Kita sanggup berbelanja rm100 untuk barangan kecantikan wajah, tetapi tidak sanggup untuk membayar rm15 untuk sebungkus pad?
Alasannya: "ala, mahalnya pad ni sampai rm15 sebungkus (10/8 keping). Baik beli jenama xxx, rm15 boleh dapat 2 pek lagi. Jimat."
MashaAllah... Sedar ke tidak yang pad murah tersebut dibuat daripada apa? Cuba singgah di pusat kitaran semula, tengok timbunan kertas dan kotak di sana, itulah dia pad yang awak pakai! Kalau tengok, mesti tak sanggup dan jijik, bukan? Tolonglah, jangan gunakan pad tu lagi. Fikirkan kesihatan jangka masa panjang anda, adik, kakak, mak, dan saudara wanita sekeliling anda.

Di sini saya kumpulkan beberapa testimoni terbaik dari pengguna Lexee untuk rujukan sahabat-sahabat tersayang. Untuk pengetahuan, ada testimoni yang diperoleh melalui rakan peniaga yang lain. Melalui testimoni ini, saya berharap anda akan bersetuju dengan saya bahawa pentingnya kita kaum hawa untuk menjaga kesihatan organ yang amat-amat penting bagi kita semua. Marilah sama-sama bertukar ke produk terbaik ini bersama saya!

Testimoni 1
Testimoni 2
Testimoni 3

Testimoni 4
Testimoni 5
Bagaimana? Semoga bertambah keyakinan anda dengan produk terlajak laris ini. Saya sendiri selalu mengatakan kepada diri sendiri, bahawa tidak salah untuk mencuba. Sekiranya baik untuk anda, maka teruskan. Jika sebaliknya, faham-faham sendirila ye. Rata-rata sahabat yang mencuba tuala wanita ini, pasti akan menggunakannya lagi. Percayalah!

Saya akan mengumpulkan dan menambah lagi koleksi testimoni ini di masa akan datang, InshaAllah.

Dapatkan produk hebat ini dari saya, Kiosk anda!!! Saya menawarkan harga terbaik yang mampu milik!

Nak SIHAT??? Jom TUKAR!!!

Hubungi saya: Muhariyanti Che Mat
Tel/ Sms/ Whatsapp: 019 – 7764245
Facebook: Lexee & RedLife Products
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Blog: muhariyantichemat.blogspot.com


Saturday, May 17, 2014

Bahaya Tuala Wanita Pakai Buang Biasa

Teks: Muhariyanti binti Che Mat
Imej: Carian Google


Assalamualaikum.

Semua wanita mahupun lelaki pasti tahu apa itu pad/ tuala pakai buang, bukan? Tetapi, adakah anda tahu mengenai bahan asas bagi pad tersebut? Pasti terdetik di hati, "pad kan dibuat daripada kapas..." Ternyata anda silap! Kenapa? Kerana bahan tersebut bukannya 100% kapas! Jangan percaya dengan cogan kata "lembut seperti kapas", "permukaan selembut kapas" ataupun "cottony soft", kerana itu cuma bayangan sahaja, bukannya realiti. Anda semua patut sedar akan hakikat ini. 

Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai pendamping terbaik kaum wanita ini.

Kronologi Masalah Sakit Puan

Sebelum tahun 1970, kes sakit puan adalah sangat kurang melanda wanita-wanita di Malaysia. Hal ini kerana pada ketika itu, saat haid melanda wanita menggunakan kain sebagai penyerap darah haid yang boleh digunapakai semula setelah dicuci. Namun, apabila tuala wanita pakai buang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1970, masalah sakit puan telah meningkat secara mendadak! Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit kanser pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru dakwaan itu memang nampak ada asasnya. 


Kisah Benar di sebalik Tuala Pakai Buang

Sebenarnya pad/ tuala wanita yang ada di pasaran tu, bukan 100% kapas. Ia diperbuat daripada pulpa kayu dan kertas buangan, yang juga digunakan untuk membuat kertas dan tisu. Bahan ini dilembutkan dan kemudian diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia dikenali sebagai Dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai buang yang telah digunakan oleh wanita di seluruh dunia. 



Proses melembutkan serbuk pulpa ni tadi bermula dan proses memutihkan tuala wanita tu memerlukan beberapa bahan kimia untuk pelunturan warna. Pada asalnya bahan buangan ini berwarna coklat kehitaman akan berubah menjadi putih selepas proses pelunturan ini.


Sesetengah bahan kimia ni tadi masih tinggal dalam tuala wanita tu dalam proses pembuatan dan pelunturan tu. Selepas tu baru dibilas, dan digembur untuk menaikkan rasa gebu pada tuala wanita tu. Sebab tu bila kita pakai, terasa gemuk dan tebal sebab proses penggemburan tu tadi. Selepas tu mana-mana syarikat tuala wanita mengambil bekalan tersebut dan mula mem'paten'kan tuala wanita mengikut paten masing-masing. Setelah dipatenkan, tuala wanita ini kemudiannya dipasarkan dan dijual kepada pengguna dan pengguna seawal umur 10 tahun yang memakai pad ni tadi tanpa menyedari kesan dan ancaman toksin yang akan dihadapi di masa depan. 


Bayangkan bila usia seawal 10 tahun sudah mula pakai tuala wanita yang ada toksin. Bahan-bahan kimia yang tertinggal tadi akan mula menyerap masuk ke dalam salur peranakan yg amat sensitif (sebagaimana habuk tisu masuk dlm rongga hidung). Apabila berusia 30 tahun, ini bermakna kita sudah menggunakan tuala wanita bertoksin selama 20thn. Keadaan ini yang menyebabkan masalah bau yang kurang menyenangkan, keputihan yang kadangkala bertukar kekuningan malah lebih teruk kehijauan, kegatalan dan macam-macam lagi. 

Kesan yang lebih teruk hasil pemakaian tuala wanita bertoksin ini ialah masalah wanita seperti syst, fibroid, barah pangkal rahim, kitaran haid yang tidak menentu (masalah kesuburan) semuanya berpunca dari sisa toksin ni tadi. Jika hendak dibandingkan dengan wanita-wanita zaman dahulu, waktu itu tiada pilihan, dari pemakaian kain tuala 'good morning', kain batik yang digunting kecil yang dipakai ibu-ibu dan nenek-nenek kita, selepas itu barulah muncul tuala wanita biasa di pasaran. Saya sendiri sewaktu kecil pernah melihat sepupu menggunakan kain batik sebagai pad dikala 'bulan merah' datang menjelma. 

Tapi itu lebih 20 tahun yang lalu. Zaman terus berubah, teknologi semakin canggih dan maju. Sekarang kita ada pilihan untuk bertukar kepada yang lebih baik, iaitu Tuala Wanita LexeeProduk ini terbukti dapat mengelakkan/ mencegah/ membantu menyembuhkan:
  1. Senggugut
  2. Buasir
  3. Sembelit
  4. Keputihan
  5. Haid yang tidak teratur
  6. Gout
  7. Alahan/ Penyakit kulit
  8. Masalah syst/ Fibroid
  9. Prostat
  10. Kegatalan
  11. Kencing tidak lawas
  12. Demam
  13. Sakit sendi

Dapatkan produk hebat ini dari saya, Kiosk anda!!! Saya menawarkan harga terbaik yang mampu milik!

Nak SIHAT??? Jom TUKAR!!!
Hubungi saya: Yanti Che Mat
Tel/ Sms/ Whatsapp: 019 – 7764245
Facebook: Lexee & RedLife Products
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Blog: muhariyantichemat.blogspot.com

Friday, May 16, 2014

Hebahan Tentang Pad Lexee

Teks: Muhariyanti binti Che Mat
Imej: RedLife Synergy Group

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Pernahkah anda mendengar/ membaca tentang syarikat RedLife Sdn Bhd? Untuk pengetahuan anda, walaupun baru bermula sejak 2011, syarikat milikan bumiputera 100% yang bertapak di Pulau Pinang ini sudah mampu mengeksport produk keluarannya ke 19 buah negara di seluruh dunia. Redlife membekalkan dan mengedarkan produk yang sangat berkualiti.  Produk keluaran Redlife Sdn Bhd merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan yang teliti serta kajian pasaran yang menyeluruh untuk gaya hidup yang lebih sihat dan lebih berkualiti.

Sukacita saya ingin kongsikan hebahan ataupun flyers mengenai salah satu PRODUK LAKU KERAS dan TERLARIS keluaran REDLIFE Sdn Bhd:
     ---->>> TUALA WANITA LEXEE KEGUNAAN SIANG (DAY)
     ---->>> TUALA WANITA LEXEE KEGUNAAN MALAM (NIGHT)
     ---->>> PANTILINER LEXEE


Produk ini terbukti dapat mengelakkan/ mencegah/ membantu menyembuhkan:
  1. Senggugut
  2. Buasir
  3. Sembelit
  4. Keputihan
  5. Haid yang tidak teratur
  6. Gout
  7. Alahan/ Penyakit kulit
  8. Masalah syst/ Fibroid
  9. Prostat
  10. Kegatalan
  11. Kencing tidak lawas
  12. Demam
  13. Sakit sendi
Anda kurang mempercayainya? Apa kata anda mencubanya sendiri dan rasai perubahannya! Hubungi saya segera untuk mendapatkan stok.

Dapatkan pek keperluan bulanan WAJIB anda ini dengan harga promosi dari saya:

LEXEE FEMININE SET (PANTYLINER x1 + DAY USE x1 + NIGHT USE x1)
>>> Hanya RM40 (harga biasa RM15 x 3 = RM45)
>>> Tidak termasuk kos penghantaran
>>> COD JOHOR BAHRU & PASIR GUDANG AREA
>>> Promosi pada masa yang terhad sahaja! Cepat!

Mahu sertai saya dan Tukar Penyakit Jadi Income??? Saya dan warga Synergy juga mengalu-alukan penyertaan anda semua untuk sama - sama menjana pendapatan bersama Lexee dan produk Redlife yang lain. Inshaa Allah, anda akan mendapat bimbingan intensif secara Online & Offline oleh "Super Success Synergy Group" yang telah diasaskan oleh Puan Siti Ainur.

Nak SIHAT??? Jom TUKAR!!!
Hubungi saya: Yanti Che Mat
Tel/ Sms/ Whatsapp: 019 – 7764245
Facebook: Lexee & RedLife Products
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Blog: muhariyantichemat.blogspot.com

Monday, April 28, 2014

Tuala Wanita Lexee dari Redlife

Imej: RedLife Sdn Bhd

Selepas mencapai akil baligh, metabolisme wanita memerlukan penjagaan hygienic berterusan untuk 40 tahun yang akan datang atau seterusnya. Menurut World Health Organisation (WHO), 80% daripada wanita sedunia mengalami masalah sakit puan, manakala 40% masalah yang berlaku adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti.

Tuala wanita Lexee dengan active oxygen dan negative ion dibungkus menggunakan lembaran aluminium menggunakan mesin sepenuhnya, dapat mengelakkan risiko berlakunya pencemaran sewaktu proses pembungkusan dilakukan.

Tuala wanita Lexee menggunakan kapas yang bermutu tinggi membolehkan pengaliran udara 3 kali ganda berbanding tuala wanita biasa. Reka bentuknya memberi perlindungan yang menyeluruh terhadap kebocoran sisi ataupun belakang.

Tuala wanita Lexee direka khusus untuk memberikan wanita perlindungan, keselesaan serta keyakinan dalam setiap pemakaian. Lexee menjadikan wanita merasakan tempoh kedatangan haid setiap bulan sama seperti masa yang lain.



Terdapat 3 jenis tuala wanita Lexee yang dikeluarkan oleh Redlife, iaitu:
  • Day (Siang)
  • Night (Malam)
  • Pantyliner
Imej: RedLife Sdn Bhd

Tuala wanita Lexee mempunyai kelebihan dengan 8 lapisan berbanding tuala wanita biasa. Jaminan kekeringan dan keselesaan membolehkan wanita melakukan penjimatan dalam pemakaian. Sebagai contoh, pada hari-hari pengeluaran haid yang banyak, kadar penyerapan tuala wanita biasa yang rendah menyebabkan pemakai terpaksa menukar dengan lebih kerap akibat kebasahan dan kebocoran. Namun, dengan menggunakan tuala wanita Lexee, pemakai tidak perlu menukar dengan kerap, walaupun ketika pengeluaran haid yang banyak kerana kadar penyerapan sangat tinggi, pemakai akan sentiasa berasa kering dan selesa.

>>> 8 LAPISAN UNIK TUALA WANITA LEXEE <<<


Imej: RedLife Sdn Bhd


Lapisan Pertama
Permukaan kapas yang halus dan lembut dengan fungsi penyerapan sehala dan 3 kali ganda lebih cepat berbanding tuala wanita biasa, mampu mengelak daripada berlaku kebocoran sisi ataupun bahagian belakang. Kadar penyerapan yang pantas ini membolehkan pemakai berasa selesa dan kering serta sentiasa segar.
1st Layer
Thin & soft cotton surface with unique liquid diversion function absorbs 3 times faster, prevents back flow or side leakage, keeping the surface dry and clean. 

Lapisan ke-2
Mengandungi agen biologi yang membebaskan molekul oksigen apabila bertindakbalas dengan air atau darah. Selain menyah bau dan membasmi bakteria, oksigen aktif pada lapisan ini akan diserap ke dalam tubuh badan melalui vagina dan meningkatkan kadar peredaran darah serta kadar metabolisme seseorang wanita.
2nd Layer
Contains biological agents that automatically release molecular oxygen or active oxygen when in contact with water or blood. Besides eliminating odour and fighting bacteria, active oxygen is also absorbed through the vagina tissues into the body to enhance blood circulation, regulate endocrine and improve metabolism.

Lapisan ke-3
Lapisan kertas bebas habuk yang anti-bakteria, anti-kelembapan serta memberi perlindungan daripada habuk.
3rd Layer
360° air-laid dust-free paper wrapped over water absorbent polymer is also anti-bacterial, anti-moist and dust-proof.

Lapisan ke-4
Teknologi polimer penyerap cecair lutsinar dari Jepun yang mempunyai kuasa penguncian air yang tinggi. Polimer ini adalah mesra alam, larut dalam air serta nilai pH yang sesuai dengan tubuh badan manusia membolehkan ia selamat digunakan tanpa kesan sampingan. Kadar penyerapan cecair adalah 10 kali ganda lebih berkesan berbanding tuala wanita biasa.
4th Layer
Crystal clear super absorbent polymer from Japan with high water locking capability. It is environmental friendly and completely water soluble; conforms to human pH value, safe and without side effect. Water absorption is 10 times more than the normal economy sanitary napkins.

Lapisan ke-5
Lapisan unik dan eksklusif membolehkan penyerapan pantas dan sekata, mengelakkan daripada berlaku kebocoran sisi.
5th Layer
Unique and exclusive padding, allowing fast and well-spread absorption to further prevent side-leakage.

Lapisan ke-6
Lapisan kertas bebas habuk yang anti-bakteria, anti-kelembapan serta memberi perlindungan daripada habuk.
6th Layer
360° air-laid dust-free paper wrapped over water absorbent polymer is also anti-bacterial, anti-moist and dust-free.

Lapisan ke-7
Lapisan bawah dengan ciri pengaliran udara yang baik menjanjikan keselesaan buat wanita. Tuala wanita Lexee yang membenarkan pengaliran udara yang baik bermula dari lapisan pertama sehingga lapisan ke-7 sememangnya membolehkan oksigen aktif berfungsi secara optimum terhadap permukaan kulit si pemakai yang agak sensitif.
7th Layer
Breathable and comfortable bottom layer. Completely breathable from 1st to 7th layer, allowing for better active oxygen function on skin.

Lapisan ke-8
Lapisan terakhir yang direka khusus mengikut lekuk tubuh wanita untuk kelesesaan tambahan. Uniknya, pelekat jalur pada tuala wanita Lexee dibuat menggunakan gam makanan, tanpa toksid serta tiada kesan sampingan.
8th Layer
Designed according to female ergonomics for greater comfort. The intermittent adhesive stripe uses food gum, non-toxic and has no side effect. 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Setiap pek tuala wanita Lexee mengandungi satu kit pemeriksaan vagina yang diberikan secara percuma, supaya si pemakai dapat melakukan pemeriksaan berkala untuk mengenalpasti sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada vagina. Pemeriksaan ini penting bagi menjamin kesihatan faraj yang optimum buat setiap wanita. Hal ini kerana jangkitan bakteria pada vagina mampu mendatangkan masalah seperti ketidaksuburan, kegagalan hubungan kelamin, malah boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Imej: Carian Google

Sistem pembungkusan tuala wanita Lexee juga unik, di mana terdapat pelekat keselamatan bagi menjamin mutu barangan keluaran Redlife. Pengguna disarankan agar tidak menerima pek tuala wanita Lexee sekiranya pelekat keselamatan ini rosak ataupun koyak. Selain itu, pek tuala wanita Lexee mempunyai penutup berpelekat yang boleh dibuka dan ditutup semula untuk melindungi bungkusan daripada dimasuki binatang halus seperti semut dan lipas. 


Bungkusan setiap keping tuala wanita Lexee juga ditutup rapat bagi menghalang daripada dimasuki habuk dan binatang halus. Situasi ini pernah terjadi kepada tuala wanita biasa di mana satu koloni semut telah bersarang dan bertelur di dalamnya. Mengejutkan, bukan?

Di samping itu juga, tuala wanita Lexee mempunyai tarikh luput, supaya wanita lebih yakin untuk menggunakannya. Tentunya kelihatan seperti barangan ini tidak memerlukan tarikh luput, tetapi kita mesti ingat, bukan makanan atau barangan kosmetik sahaja yang perlu dihabiskan sebelum tarikh luput, malah tuala wanita juga perlu!

Untuk mendapatkan produk hebat ini, hubungi saya:
Facebook: Yanti Che Mat
Fanpage: Lexee & RedLife Products
Sms/Whats App/ WeChat: 019-7764245
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Anda juga boleh terus order menggunakan Borang Pesanan di bawah.

Sunday, April 27, 2014

Senarai Ebook keluaran Akademi Bekerja di Rumah

Teks: Muhariyanti binti Che Mat
Imej: Koleksi Akademi Bekerja di Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengalaman selama bertahun-tahun menjadi penulis menyebabkan pengasas akademi iaitu puan Masayu Ahmad nekad untuk membukukan pengalaman yang beliau miliki dalam bentuk ebook yang sememangnya senang untuk dirujuk. Atas idea dan daya usaha beliau, kini bukan sahaja ebook tulisan beliau yang berjaya dihasilkan, malah beberapa  bekas pelajar kelas online anjuran ABDR juga menjadi penulis dan membukukan hasil nukilan mereka.

Bagi mereka yang sedang tercari-cari apakah bahan bacaan yang sesuai untuk dibaca bagi persediaan untuk bekerja di rumah, bolehlah memilih mana-mana satu antara e-book di bawah:

Tajuk: Belajar Asas Blog
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM50

Tajuk: Panduan Mula Bisnes Butik Online/ Offline
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM50

Tajuk: 101 Idea Home-Based Bisnes
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM50

Tajuk: Panduan 44 hari Pantang Tradisional & Moden
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM30

Tajuk: 101 Idea Bisnes Makanan
Penulis: Aishah Hussin & Masayu Ahmad
Harga: RM30

Tajuk: Super WAHM, Super Mom
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM25

Sekiranya berminat untuk memiliki ebook ini, boleh hubungi saya:
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Sms/Whats App: 019-7764245
Facebook: Yanti Che Mat

Anda juga boleh terus order menggunakan Borang Pesanan di bawah.

Terima kasih.

Saturday, April 26, 2014

Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/ Offline


Panduan Mula Bisnes Butik
Penulis: Masayu Ahmad
Harga: RM50



Antara kandungan menarik di dalam ebook ini


Bab 1:
  • Memilih fokus produk yang sesuai contoh pilihan adalah pakaian kanak-kanak, banyak kategori yang boleh dipecahkan iaitu, barang kelengkapan kelahiran, pakaian kanak-kanak mengikut usia, pakaian tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan, barangan kelengkapan penyusuan eksklusif, barangan bahan bacaan awal kanak-kanak berusia 1,2,3 tahun. 
  • Contoh fokus produk lain ialah butik pakaian dan aksesori wanita. Contohnya butik pelbagai koleksi tudung, kain ela, pakaian siap seperti baju kurung, pakaian ke tempat kerja, pakaian untuk majlis sosial dan riadah. Untuk aksesori seperti beg tangan, kasut dan sebagainya.
  • Contoh fokus produk lain ialah butik pakaian dan aksesori wanita. Contohnya butik pelbagai koleksi tudung, kain ela, pakaian siap seperti baju kurung, pakaian ke tempat kerja, pakaian untuk majlis sosial dan riadah. Untuk aksesori seperti beg tangan, kasut dan sebagainya.
Bab 12:

“Walaupun kita gagal sekali, atau sukar mendapatkan pinjaman bank, perlu istiqamah dan terus buat sahaja (just do it!). Jangan fikirkan apa-apa. Usahakan apa yang ada. Ini penting untuk bina reputasi dan lama-kelamaan kita akan membina kredibiliti dan kepercayaan.”
Tips Ali Hassan (pemilik Butik Al-Ikhsan)- Apa sahaja yang berlaku, usahawan perlu sabar.- Perbaiki kelemahan.- Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati, biar mereka “komplen”.


Isi Kandungan ebook

Tinta Pengarang

Bab 1: Pengenalan bisnes
     1.1 Ringkasan bisnes butik
     1.2 Rangkaian industri butik
     1.3 Ciri-ciri butik

Bab 2: Kemahiran
     2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
     2.2 Kemahiran dalam bisnes
     2.4 Ambil peluang bisnes secara online
     2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat)
     3.1 Fokus produk (niche)
     3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
     3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
     3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal (15 muka surat)
     4.1 Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
     4.2 Contoh Kaedah Kumpul Modal
     4.3 Strategi Pengurusan Modal
     4.4 Sumber Pinjaman

Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16 muka surat)
     5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
     5.2 Panduan khidmat pelanggan
     5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
     5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran bisnes

Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat)
     7.1 Pentadbiran
     7.2 Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
     7.3 Pengurusan Kewangan
     7.4 Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat)
     8.1 Kaedah penentuan harga
     8.2 Contoh penentuan harga
     8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online

Bab 9: Promosi/pemasaran (16 muka surat)
     9.1 Kaedah promosi & pemasaran
     9.2 Strategi promosi butik
     9.3 Strategi promosi butik
     9.4 Tip promosi dan pemasaran


Bab 10: Organisasi/badan berkaitan
     10.1 Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
     10.2 Jaringan usahawan- forum online, persatuan
     10.3 Organisasi yang perlu disertai usahawan 

Bonus 1
Pengalaman Usahawan Bisnes Butik Abaya

Bab 11: Pengalaman bisnes
     11.1 Alasan perlu buka butik
     11.2 Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
     11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
     11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan

Bonus 2
Motivasi bisnes 
     12.1 Kelangsungan bisnes
     12.2 Aliran pendapatan berganda
     12.3 Lapan prinsip sukses
     12.4 Tip bisnes orang Cina


Sekiranya berminat untuk memiliki ebook ini, boleh hubungi saya:
Email: muhariyanti.chemat@gmail.com
Sms/Whats App: 019-7764245
Facebook: Yanti Che Mat

Anda juga boleh terus order menggunakan Borang Pesanan di bawah.

Terima kasih.